Saturday, 22 September 2018

Mensintesis pembuatan ammonia dan garam

Kegunaan ammonia
  • Pembuatan baja
  • Pembuatan gentian sintetik
  • Pembuatan bahan letupan
Sifat ii ammonia
  • bersifat alkali
  • gas yg tidak berwarna dan berbau sengit
  • kurang tumpat daripada udara
  • terbakar dalam gas oksigen tetapi tidak dalam udara
  • sangat larut dalam air
Proses pembuatan ammonia secara industri

Dalam proses haber:1. Gas hidrogen, H2 dan gas nitrogen, N2dicampurkan dalam nisbah isipadu/ mol 1:3N2(g) + 3H2(g) à 2NH3(g)    Gas hidrogen, H2 diperoleh daripada gas aslimetana.    Gas nitrogen, N2 diperoleh melaluipenyulingan berperingkat yang dilakukanke atas udara dalam bentuk cecair.2. Campuran gas dialirkan ke atas sebukferum(mangkinpada suhun 450-500°C dandimampatkan di bawah tekanan antara 200-500 atmosfera.3.Gas ammonia, NH3 yang diperoleh disejukkan(suhu -50°C) sehingga menjadi cecairammonia, NH3(ce)









Aktiviti menyediakan baja ammonium
■ Baja ammonia ialah baja bernitrogen yang dapat membekalkan unsur nitrogen kepada haiwan dan tumbuhan untuk pembentukan protein.
■ Baja ammonia dapat disediakan mengikut langkah-langkah yang berikut:

Langkah 1:Larutan ammonia + asid → garam ammonium

Langkah 2:Garam ammonium disejatkan untuk mendapatkan larutan tepu garam ammonium

Langkah 3:Larutan tepu garam ammonium disejukkan dan dihablurkan untuk mendapatkan baja ammonia
■ Contoh baja ammonia

Larutan ammonia + asid sulfurik → Ammonia sulfat

Larutan ammonia + asid nitrik → Ammonia nitrat

Larutan ammonia + asid fosforik → Ammonia fosfat

No comments:

Post a Comment